DI PASARAN!!!








Bulan Bahasa Kebangsaan


Tempoh: 1 – 31 Oktober 2009
Tema: Bahasa Jiwa Bangsa

Amanat Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

“Saya mencadangkan program yang diatur oleh DBP setiap tahun iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi dengan pelbagai program di semua peringkat dengan maklumat yang lebih meluas disalurkan supaya rakyat dapat memahami betapa pentingnya bahasa Melayu ….”
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, 4 Mei 2009, semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ke DBP.

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an, kempen ini sudah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987 – 1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) 1996 – 2005 dan Minggu Sastera (1987 – 1998). Akhirnya pada tahun 1999 gerakan kini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN mengalami proses penjenamaan semula dan ini dikenali dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Tujuan Utama BBK

a) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan
jati diri dan citra bangsa Malaysia.
b) Menguatkan rasa megah terhadap bahasa
kebangsaan.
c) Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan
bangsa melalui perpaduan.
d) Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan
sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tumpuan BBK 2009

a) Penyertaan yang lebih menyeluruh
daripada semua peringkat masyarakat
berbilang bangsa dan keturunan.
b) Penglibatan menyeluruh jabatan dan
agensi kerajaan, swasta dan bukan
kerajaan (NGO).

Peraduan Beli & Menang KN di Mehraj Book Centre

Berita baik kepada pembaca novel KN yang bermaustautin di sekitar Wangsa Maju. Mulai 1hb Oktober 2009 sehingga 30hb November 2009, KN dengan kerjasama Mehraj Book Centre, cawangan Carrefour, Wangsa Maju akan menganjurkan 'Peraduan Beli dan Menang' selama dua bulan! Menangilah hadiah-hadiah menarik termasuk wang tunai hanya dengan melanggan novel-novel terbitan Kaki Novel Enterprise di Mehraj Book Centre, Carrefour, Wangsa Maju, Kuala Lumpur! Jangan tunggu lama-lama nanti anda menyesal...Pastinya berbaloi-baloi dengan Kakinovel!!!

Fadhilat Puasa Enam Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh. Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.

AWAS H1N1- Jangan ambil mudah!!!

Kakibola amat prihatin tentang wujudnya wabak yang kian menular ini. Diharapkan semua pembaca sentiasa berwaspada dalam melalui kehidupan seharian bagi sama-sama mengawal penyebaran wabak ini.Mungkin ramai yang tidak mengetahu secara keseluruhan apakah sebenarnya yang dipanggil H1N1 ini.
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Hari Ozon sedunia...

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Ozon Sedunia. KN hanya ingin sama-sama memperingati kepada semua pembaca tentang betapa pentingnya menjaga lapisan ozon. Peringatan yang dimaksudkan adalah sebagai renungan terhadap keadaan lapisan ozon di atmofera bumi yang semakin hari semakin menipis.

Lapisan ozon adalah lapisan yang terdapat di kulit bumi bahagian Stratosfera. Ia terdiri dari molekul-molekul Ozon (O3)di mana lapisan ini berada pada ketinggian 15-60 km di atas permukaan bumi. Lapisan ozon dapat berfungsi sebagai penghalang hampir semua sinar ultraviolet yang dipancarkan matahari. Sinar ultraviolet adalah sinar yang dipancarkan matahari dengan energi yang cukup tinggi. Maka apabila lapisan ozon semakin tipis, ia akan mengakibatkan semakin besarnya radiasi sinar ultraviolet yang jatuh ke permukaan bumi dan dapat menyebabkan impak negatif terhadap lingkungan dan juga kesihatan.Akibat paling buruk pada lingkungan adalah terjadinya perubahan suhu secara global (global warming).

Telah berada di pasaran!!

Majalah keluaran Bulan 15september 2009

Majalah keluaran Bulan 15september 2009

Majalah keluaran Bulan 15september 2009

Majalah keluaran Bulan 15september 2009

Majalah keluaran Bulan 15september 2009

Majalah keluaran Bulan 15september 2009



Salam Ramadhan Semua PeminaT KN...


Semoga bulan yang mulia ini akan memberikan kita kekuatan untuk mencapai sesuatu yang sudah lama dihajati. Insya-Allah anda semua boleh melakukan perubahan tidak hanya pada luaran tetapi mungkin juga dalaman. Semua itu terpulang pada diri anda sendiri kerana anda yang menentukan semuanya. Yang penting KakiBola sentiasa akan cuba memikat lebih ramai peminat majalah untuk meminati ,mengidam dan sentiasa tidak sabar menunggu setiap majalah terbaru keluaran KakiBola. KakiBola akan mencuba yang terbaik jadi anda semua juga amatlah penting pada KakiBola untuk merealisasikan hajat ini. Semoga anda semua sentiasa menjadi tulang belakang KakiBola. Amin...

Akan terbit...

Keputusan terbaru

EPL
Chelsea 2 - 1 Hull City
Aston Villa 0 - 2 Wigan
Blackburn 0 - 2 Man City
Bolton 0 - 1 Sunderland
Portsmouth 0 - 1 Fulham
Stoke City 2 - 0 Burnley
Wolves 0 - 2 West Ham
Everton 1 - 6 Arsenal
Man Utd 1 - 0 Birmingham
Tottenham 2 - 1 Liverpool

Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Sudah berada di pasaran 30 ogos 09



Pemberitahuan

Kepada pembaca Majalah KakiBola yang dihormati,

Mulai sekarang, KakiBola mengalu-alukan anda menulis surat kepada kami untuk berbicara tentang dunia bola sepak masa kini. Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan cadangan bernas anda kepada kami untuk meningkatkan lagi mutu Majalah KakiBola demi kepuasan anda sebagai pembaca.

Selain itu, anda juga boleh menceritakan pengalaman manis dan pahit anda bermain bola sepak tidak kira apa jua peringkat. Di samping itu, anda juga boleh sertakan gambar-gambar yang menarik yang ada kaitan dengan cerita anda.

KakiBola akan meneliti surat-surat anda untuk memilih sepucuk surat terbaik untuk kami siarkan pada setiap edisi Majalah KakiBola. Surat terbaik bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM80.00!

Jadi apa yang ditunggu lagi. Segeralah bertindak agar semua pembaca dapat berkongsi dengan pengalaman atau cerita anda!

Surat anda hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Majalah KakiBola
no.33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D'wangsa, 53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.

Perlu diingati surat ini perlulah dihantar kepada kami. Sebarang emel atau faks tidak akan dilayan kerana kami memerlukan karya yang tulen dari anda.

Sekian

Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Keluaran Terbaru Bulan ogos....



Man U datang Malaysia!!!


Kedatangan Man U ke Malaysia!!!

Pada 18Julai 2009 tarikh keramat pada semua peminat-peminat Man U di Malaysia. Apa yang di tunggu lagi... Marilah kita serbu Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri kelibat mereka di padang. Pengalaman ini tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja kerana tidak mudah untuk kita melihat sendiri idola-idola kita bermain di sini. Kakibola sendiri akan turun di sana untuk memeriahkan suasana di sana. Selain membuat liputan di sana, kami juga ingin merasai bahang perlawanan Man U dan Malaysia. Jadi apa yang di tunggu lagi...beli tiket sekarang selagi boleh.

Aksi-aksi pemain bertaraf bintang bermain di padang dan pasukan Malaysia sebagai lawannya akan memberikan impak yang sangat besar kepada pembangunan sukan bola sepak di Malaysia. Bukan kemenangan yang di cari tetapi pengalaman bermain dengan pasukan yang bertaraf dunia akan dapat memberikan Malaysia kelebihan pada satu hari kelak. Sesuatu yang amat berharga akan diperolehi oleh pasukan Malaysia.

Jangan lupa dapatkan Majalah Keluaran Khas untuk semua peminat Man U di Malaysia yang kini sudah pun berada di pasaran. Beli jangan tak beli.

Man City

Huh...dengar saja Man City sudah tau... Antara kelab terkaya di England kepunyaan jutawan dari Arab. Jadi tidak hairanlah jika sebelum pembukaan musim terbaru ini Man City telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang mereka inginkan. Antara pemain-pemain yang telah pun menandatangani dengan Man City :-

  1. Shay Given - sewaktu ketika dahulu sangat setia bersama Newcastle
  2. Gareth Barry-sememangnya pemain yang setia dengan Aston Villa. Dan dia adalah salah seorang pemain sasaran Liverpool dari musim lepas lagi... selepas itu kerana duit dia pergi ke Man City untuk bermain.
  3. Roque Santa Cruz - Penyerang dari Blackburn yang sensasi tetapi disebabkan kecederaan beliau akhirnya tidak dapat membantu pasukannya sehingga ke akhir musim.
  4. Robinho - penyerang Real Madrid yg membuat keputusan kontrovesi dimana beliau menukar perpindahan beliau ke Chelsea ke Man City. Sentuhan dan kelicikan beliau di padang sudah pun terbukti dengan memberikan gol-gol yang di sumbang serta hantaran-hantaran beliau yang menghasilkan gol.
Sekarang Man City sedang bertungkus lumus untuk mendapat Eto... Dengan bayaran gaji yang mencecah 250,000pound seminggu...Bayaran yang dikatakan termahal pernah ditawarkan pada seorang pemain. Semuanya terpulang pada Eto untuk membuat keputusan. Berundur dari Barcelona atau tidak? Apa yang penting di sini...Man City sudah memantapkan pasukannya untuk musim akan datang... Tetapi adakah berbaloi dengan pembelian yang mencecah jutaan pound dapat memberikan Man City menumpaskan Big Four yang sudah sekian lama mendominasikan tangga teratas liga. Adakah Man City akan berjaya? Adakah Man City boleh mengancam kedudukan Big Four? Adakah pemain sahaja yang menjadi sasaran Man City untuk mendominasi kedudukan teratas liga? Bagaimana pula dengan pengurus dan penolong pengurusnya? Adakah perlu di tukar? Semua akan terjawap bila musim baru bermula kelak!!! Semoga Man City dapat memberikan tentangan hebat pada Big Four supaya musim akan datang akan bertambah meriah dan ceria. Kita sama-sama tunggu!!!

Berita TerbaharU...

Man U...terdesak!!!

Sasaran mereka semuanya tidak kena...iye la... mahukan ribery tak dapat...mahukan benzema pun tak dpt... nak pegang Tevez pun tak dapat... 2 striker terlepas tinggal satu je pilihan Alex...

Michael Owen yang selalu di landa kecederaan... Pada masa kini, Owen sedang menjalani ujian fizikal dan perubatan...jika dia melepasi segala ujian maka Owen bakal menjadi pemain antara bekas pemain Liverpool yang bermain di Man U. Adakah ini semua muslihat Alex untuk memberitahu kepada Rafael bahawa dia berjaya membawa bekas bintang Liverpool ke Man U dengan niat? Adakah ini salah satu percaturan dia? Adakah dia mahu mulakan api peperangan secara halus ke atas Rafael? Ini semua tidak dapat di pastikan lagi... kita tunggu saja apa yang bakal berlaku?


Selepas Cristiano Ronaldo, siapa lagi bakal meninggalkan Man U?

Dari laporan di media barat, Tevez sudah mengesahkan perpindahan dia ke Man City. Manakala Vidic pemain tinggi lampai dan menjadi tonggak harapan Man U di bahagian pertahanan tengah juga sedang bermain api dengan Alex. Dia adalah antara anak emas Alex juga ingin meninggalkan Man U. Sebab utama dia ingin meninggalkan Man U adalah kerana isteri beliau yang ingin berhijrah ke tempat lain. Adakah benar perkara ini? Bagi pendapat saya ia adalah kehendak beliau sendiri? Iye laa apa yang nak di tunggu lagi!! Vidic adalah salah seorang pemain yang sudah pun mengecapi semua piala... Piala Liga, Piala Carling, Piala F.A dan Piala Liga Juara-juara. Jadi kemungkinan besar beliau sebenarnya ingin mengecapi piala lain di negara lain. Dia mahukan piala-piala lain selain di England untuk dijadikan Koleksi beliau... Jadi kita tunggu lagi la apa keputusan selanjutnya sebelum tertutupnya tarikh perpindahan pemain.





Majalah KakiBola Bulan Julai 2009



Gosip Perpindahan



EDisi KHaS !!!! Keluaran BULan JUn 09

Dapatkan segera!!!!!... Keluaran khas yang di nantikan oleh semua peminat...

Man U.....



Barcelona....



Pelbagai fakta dan adegan menarik di dalamnya...

MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09



MaJalaH KakiBola Bulan Jun 09