Showing posts with label cerita bola. Show all posts
Showing posts with label cerita bola. Show all posts

Man U datang Malaysia!!!


Kedatangan Man U ke Malaysia!!!

Pada 18Julai 2009 tarikh keramat pada semua peminat-peminat Man U di Malaysia. Apa yang di tunggu lagi... Marilah kita serbu Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri kelibat mereka di padang. Pengalaman ini tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja kerana tidak mudah untuk kita melihat sendiri idola-idola kita bermain di sini. Kakibola sendiri akan turun di sana untuk memeriahkan suasana di sana. Selain membuat liputan di sana, kami juga ingin merasai bahang perlawanan Man U dan Malaysia. Jadi apa yang di tunggu lagi...beli tiket sekarang selagi boleh.

Aksi-aksi pemain bertaraf bintang bermain di padang dan pasukan Malaysia sebagai lawannya akan memberikan impak yang sangat besar kepada pembangunan sukan bola sepak di Malaysia. Bukan kemenangan yang di cari tetapi pengalaman bermain dengan pasukan yang bertaraf dunia akan dapat memberikan Malaysia kelebihan pada satu hari kelak. Sesuatu yang amat berharga akan diperolehi oleh pasukan Malaysia.

Jangan lupa dapatkan Majalah Keluaran Khas untuk semua peminat Man U di Malaysia yang kini sudah pun berada di pasaran. Beli jangan tak beli.

Man City

Huh...dengar saja Man City sudah tau... Antara kelab terkaya di England kepunyaan jutawan dari Arab. Jadi tidak hairanlah jika sebelum pembukaan musim terbaru ini Man City telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang mereka inginkan. Antara pemain-pemain yang telah pun menandatangani dengan Man City :-

  1. Shay Given - sewaktu ketika dahulu sangat setia bersama Newcastle
  2. Gareth Barry-sememangnya pemain yang setia dengan Aston Villa. Dan dia adalah salah seorang pemain sasaran Liverpool dari musim lepas lagi... selepas itu kerana duit dia pergi ke Man City untuk bermain.
  3. Roque Santa Cruz - Penyerang dari Blackburn yang sensasi tetapi disebabkan kecederaan beliau akhirnya tidak dapat membantu pasukannya sehingga ke akhir musim.
  4. Robinho - penyerang Real Madrid yg membuat keputusan kontrovesi dimana beliau menukar perpindahan beliau ke Chelsea ke Man City. Sentuhan dan kelicikan beliau di padang sudah pun terbukti dengan memberikan gol-gol yang di sumbang serta hantaran-hantaran beliau yang menghasilkan gol.
Sekarang Man City sedang bertungkus lumus untuk mendapat Eto... Dengan bayaran gaji yang mencecah 250,000pound seminggu...Bayaran yang dikatakan termahal pernah ditawarkan pada seorang pemain. Semuanya terpulang pada Eto untuk membuat keputusan. Berundur dari Barcelona atau tidak? Apa yang penting di sini...Man City sudah memantapkan pasukannya untuk musim akan datang... Tetapi adakah berbaloi dengan pembelian yang mencecah jutaan pound dapat memberikan Man City menumpaskan Big Four yang sudah sekian lama mendominasikan tangga teratas liga. Adakah Man City akan berjaya? Adakah Man City boleh mengancam kedudukan Big Four? Adakah pemain sahaja yang menjadi sasaran Man City untuk mendominasi kedudukan teratas liga? Bagaimana pula dengan pengurus dan penolong pengurusnya? Adakah perlu di tukar? Semua akan terjawap bila musim baru bermula kelak!!! Semoga Man City dapat memberikan tentangan hebat pada Big Four supaya musim akan datang akan bertambah meriah dan ceria. Kita sama-sama tunggu!!!

Berita TerbaharU...

Man U...terdesak!!!

Sasaran mereka semuanya tidak kena...iye la... mahukan ribery tak dapat...mahukan benzema pun tak dpt... nak pegang Tevez pun tak dapat... 2 striker terlepas tinggal satu je pilihan Alex...

Michael Owen yang selalu di landa kecederaan... Pada masa kini, Owen sedang menjalani ujian fizikal dan perubatan...jika dia melepasi segala ujian maka Owen bakal menjadi pemain antara bekas pemain Liverpool yang bermain di Man U. Adakah ini semua muslihat Alex untuk memberitahu kepada Rafael bahawa dia berjaya membawa bekas bintang Liverpool ke Man U dengan niat? Adakah ini salah satu percaturan dia? Adakah dia mahu mulakan api peperangan secara halus ke atas Rafael? Ini semua tidak dapat di pastikan lagi... kita tunggu saja apa yang bakal berlaku?


Selepas Cristiano Ronaldo, siapa lagi bakal meninggalkan Man U?

Dari laporan di media barat, Tevez sudah mengesahkan perpindahan dia ke Man City. Manakala Vidic pemain tinggi lampai dan menjadi tonggak harapan Man U di bahagian pertahanan tengah juga sedang bermain api dengan Alex. Dia adalah antara anak emas Alex juga ingin meninggalkan Man U. Sebab utama dia ingin meninggalkan Man U adalah kerana isteri beliau yang ingin berhijrah ke tempat lain. Adakah benar perkara ini? Bagi pendapat saya ia adalah kehendak beliau sendiri? Iye laa apa yang nak di tunggu lagi!! Vidic adalah salah seorang pemain yang sudah pun mengecapi semua piala... Piala Liga, Piala Carling, Piala F.A dan Piala Liga Juara-juara. Jadi kemungkinan besar beliau sebenarnya ingin mengecapi piala lain di negara lain. Dia mahukan piala-piala lain selain di England untuk dijadikan Koleksi beliau... Jadi kita tunggu lagi la apa keputusan selanjutnya sebelum tertutupnya tarikh perpindahan pemain.