Man City

Huh...dengar saja Man City sudah tau... Antara kelab terkaya di England kepunyaan jutawan dari Arab. Jadi tidak hairanlah jika sebelum pembukaan musim terbaru ini Man City telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang mereka inginkan. Antara pemain-pemain yang telah pun menandatangani dengan Man City :-

  1. Shay Given - sewaktu ketika dahulu sangat setia bersama Newcastle
  2. Gareth Barry-sememangnya pemain yang setia dengan Aston Villa. Dan dia adalah salah seorang pemain sasaran Liverpool dari musim lepas lagi... selepas itu kerana duit dia pergi ke Man City untuk bermain.
  3. Roque Santa Cruz - Penyerang dari Blackburn yang sensasi tetapi disebabkan kecederaan beliau akhirnya tidak dapat membantu pasukannya sehingga ke akhir musim.
  4. Robinho - penyerang Real Madrid yg membuat keputusan kontrovesi dimana beliau menukar perpindahan beliau ke Chelsea ke Man City. Sentuhan dan kelicikan beliau di padang sudah pun terbukti dengan memberikan gol-gol yang di sumbang serta hantaran-hantaran beliau yang menghasilkan gol.
Sekarang Man City sedang bertungkus lumus untuk mendapat Eto... Dengan bayaran gaji yang mencecah 250,000pound seminggu...Bayaran yang dikatakan termahal pernah ditawarkan pada seorang pemain. Semuanya terpulang pada Eto untuk membuat keputusan. Berundur dari Barcelona atau tidak? Apa yang penting di sini...Man City sudah memantapkan pasukannya untuk musim akan datang... Tetapi adakah berbaloi dengan pembelian yang mencecah jutaan pound dapat memberikan Man City menumpaskan Big Four yang sudah sekian lama mendominasikan tangga teratas liga. Adakah Man City akan berjaya? Adakah Man City boleh mengancam kedudukan Big Four? Adakah pemain sahaja yang menjadi sasaran Man City untuk mendominasi kedudukan teratas liga? Bagaimana pula dengan pengurus dan penolong pengurusnya? Adakah perlu di tukar? Semua akan terjawap bila musim baru bermula kelak!!! Semoga Man City dapat memberikan tentangan hebat pada Big Four supaya musim akan datang akan bertambah meriah dan ceria. Kita sama-sama tunggu!!!

No comments:

Post a Comment