Majalah dari KN telah berada di pasaran(edisi sulong)


Majalah kaki bola keluaran edisi sulung telah berada di pasaran pada bulan Mac 2009. Dan ia adalah majalah yang di hasilkan untuk menyalurkan lebih banyak informasi yang lebih terperinci dari majalah-majalah yang sedia ada di pasaran kini. Kaki bola ingin membuktikan bahawa informasi yang di berikan menepati citarasa semua pembaca yang meminati sukan bola sepak. Kaki bola juga ingin menerapkan semangat cintakan sukan bola sepak. Selain dari kerana kesihatan, kaki bola ingin memberikan fakta-fakta yang tepat tentang pemain bola sepak di EPL. Selain itu, kaki bola ingin memberikan ruang kepada peminat bola sepak EPL untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka di dalam ruangan yang di sediakan... Segala yang kaki bola lakukan adalah untuk memuaskan hati peminat-peminat EPL di dalam Malaysia. Oleh yang demikian kaki bola ingin mengalu-alukan semua peminat ataupun pencinta sukan bola sepak tampil ke hadapan dan bersemuka untuk memberikan komen-komen selain menyumbangkan artikel-artikel yang boleh diketengahkan bagi di kongsi bersama-sama dengan peminat-peminat lain. Insya-Allah kaki bola akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Semoga semua peminat sukan bola sepak EPL akan terus menyokong majalah ini hingga ke ahkir hayat... Segala kesalahan harap di ampun kerana ia datang dari kesalahan kaki bola sendiri.

No comments:

Post a Comment