Man U datang Malaysia!!!


Kedatangan Man U ke Malaysia!!!

Pada 18Julai 2009 tarikh keramat pada semua peminat-peminat Man U di Malaysia. Apa yang di tunggu lagi... Marilah kita serbu Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri kelibat mereka di padang. Pengalaman ini tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja kerana tidak mudah untuk kita melihat sendiri idola-idola kita bermain di sini. Kakibola sendiri akan turun di sana untuk memeriahkan suasana di sana. Selain membuat liputan di sana, kami juga ingin merasai bahang perlawanan Man U dan Malaysia. Jadi apa yang di tunggu lagi...beli tiket sekarang selagi boleh.

Aksi-aksi pemain bertaraf bintang bermain di padang dan pasukan Malaysia sebagai lawannya akan memberikan impak yang sangat besar kepada pembangunan sukan bola sepak di Malaysia. Bukan kemenangan yang di cari tetapi pengalaman bermain dengan pasukan yang bertaraf dunia akan dapat memberikan Malaysia kelebihan pada satu hari kelak. Sesuatu yang amat berharga akan diperolehi oleh pasukan Malaysia.

Jangan lupa dapatkan Majalah Keluaran Khas untuk semua peminat Man U di Malaysia yang kini sudah pun berada di pasaran. Beli jangan tak beli.

Man City

Huh...dengar saja Man City sudah tau... Antara kelab terkaya di England kepunyaan jutawan dari Arab. Jadi tidak hairanlah jika sebelum pembukaan musim terbaru ini Man City telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang mereka inginkan. Antara pemain-pemain yang telah pun menandatangani dengan Man City :-

  1. Shay Given - sewaktu ketika dahulu sangat setia bersama Newcastle
  2. Gareth Barry-sememangnya pemain yang setia dengan Aston Villa. Dan dia adalah salah seorang pemain sasaran Liverpool dari musim lepas lagi... selepas itu kerana duit dia pergi ke Man City untuk bermain.
  3. Roque Santa Cruz - Penyerang dari Blackburn yang sensasi tetapi disebabkan kecederaan beliau akhirnya tidak dapat membantu pasukannya sehingga ke akhir musim.
  4. Robinho - penyerang Real Madrid yg membuat keputusan kontrovesi dimana beliau menukar perpindahan beliau ke Chelsea ke Man City. Sentuhan dan kelicikan beliau di padang sudah pun terbukti dengan memberikan gol-gol yang di sumbang serta hantaran-hantaran beliau yang menghasilkan gol.
Sekarang Man City sedang bertungkus lumus untuk mendapat Eto... Dengan bayaran gaji yang mencecah 250,000pound seminggu...Bayaran yang dikatakan termahal pernah ditawarkan pada seorang pemain. Semuanya terpulang pada Eto untuk membuat keputusan. Berundur dari Barcelona atau tidak? Apa yang penting di sini...Man City sudah memantapkan pasukannya untuk musim akan datang... Tetapi adakah berbaloi dengan pembelian yang mencecah jutaan pound dapat memberikan Man City menumpaskan Big Four yang sudah sekian lama mendominasikan tangga teratas liga. Adakah Man City akan berjaya? Adakah Man City boleh mengancam kedudukan Big Four? Adakah pemain sahaja yang menjadi sasaran Man City untuk mendominasi kedudukan teratas liga? Bagaimana pula dengan pengurus dan penolong pengurusnya? Adakah perlu di tukar? Semua akan terjawap bila musim baru bermula kelak!!! Semoga Man City dapat memberikan tentangan hebat pada Big Four supaya musim akan datang akan bertambah meriah dan ceria. Kita sama-sama tunggu!!!

Berita TerbaharU...

Man U...terdesak!!!

Sasaran mereka semuanya tidak kena...iye la... mahukan ribery tak dapat...mahukan benzema pun tak dpt... nak pegang Tevez pun tak dapat... 2 striker terlepas tinggal satu je pilihan Alex...

Michael Owen yang selalu di landa kecederaan... Pada masa kini, Owen sedang menjalani ujian fizikal dan perubatan...jika dia melepasi segala ujian maka Owen bakal menjadi pemain antara bekas pemain Liverpool yang bermain di Man U. Adakah ini semua muslihat Alex untuk memberitahu kepada Rafael bahawa dia berjaya membawa bekas bintang Liverpool ke Man U dengan niat? Adakah ini salah satu percaturan dia? Adakah dia mahu mulakan api peperangan secara halus ke atas Rafael? Ini semua tidak dapat di pastikan lagi... kita tunggu saja apa yang bakal berlaku?


Selepas Cristiano Ronaldo, siapa lagi bakal meninggalkan Man U?

Dari laporan di media barat, Tevez sudah mengesahkan perpindahan dia ke Man City. Manakala Vidic pemain tinggi lampai dan menjadi tonggak harapan Man U di bahagian pertahanan tengah juga sedang bermain api dengan Alex. Dia adalah antara anak emas Alex juga ingin meninggalkan Man U. Sebab utama dia ingin meninggalkan Man U adalah kerana isteri beliau yang ingin berhijrah ke tempat lain. Adakah benar perkara ini? Bagi pendapat saya ia adalah kehendak beliau sendiri? Iye laa apa yang nak di tunggu lagi!! Vidic adalah salah seorang pemain yang sudah pun mengecapi semua piala... Piala Liga, Piala Carling, Piala F.A dan Piala Liga Juara-juara. Jadi kemungkinan besar beliau sebenarnya ingin mengecapi piala lain di negara lain. Dia mahukan piala-piala lain selain di England untuk dijadikan Koleksi beliau... Jadi kita tunggu lagi la apa keputusan selanjutnya sebelum tertutupnya tarikh perpindahan pemain.





EDisi KHaS !!!! Keluaran BULan JUn 09

Dapatkan segera!!!!!... Keluaran khas yang di nantikan oleh semua peminat...

Man U.....



Barcelona....



Pelbagai fakta dan adegan menarik di dalamnya...

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERADUAN KAKIBOLA MAC 2009!


KakiBola mengucapkan tahniah kepada Saudara Arief Fikry Yusof dari Bandar Muadzam Shah, Pahang kerana telah memenangi Peraduan KakiBola Mac 2009! Beliau adalah pemenang pertama peraduan tersebut. Memandangkan ramai peserta telah memberi jawapan yang betul maka pemenang terpaksa dipilih berdasarkan cogan kata yang terbaik.
Saudara Arief telah ahdir ke ibu pejabat KakiBola untuk menerima sehelai jersi pilihan beliau. Tahniah buat Saudara Arief! Yang gagal jangan berputus asa kerana peluang untuk menang sentiasa terbuka kepada kaki bola!

Xtra KAKIBOLA....

kISAH GERRARD DAN TORRES...

Pelbagai kisah menarik di dalam majalah keluaran khas ini...

Kehidupan 2 orang pemain yang sememangnya sangat menghiburkan apabila mereka bermain bersama di atas padang.

Fakta-fakta menarik yang tidak pernah dirungkai oleh sesiapa atau majalah di dalam Malaysia...

JADI APA YANG DI TUNGGU LAGI... DAPATKAN SEGERA DI PASARAN SEBELUM ANDA KENE PERGI MERAYU DENGAN MAMAK SURUH ORDER LAGI!!!!!

Krew KakiBola beramah Mesra di Burger King




Sesi ramah mesra ini adalah dengan kerjasama Burger King. Di mana krew kakibola dipelawa untuk sama-sama menjayakan program pelancaran minyak wangi keluaran khas dari Burger King. Semasa pelancaran tersebut krew kakibola telah mengambil kesempatan dengan beramah mesra bersama peminat-peminat sukan bola sepak EPL. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai yang telah mengikuti perkembangan EPL dengan merujuk majalah Kakibola. Terharu seungguh... Apa yang boleh kami katakan sekarang adalah semoga semua peminat EPL akan sentiasa menyokong majalah Kakibola walau dimana anda berada...Sekian

MaJalaH KakiBola Bulan April 09

Baru berada di pasaran walaupun edisi ni untuk bulan April akan datang....jd jgn lepaskan peluang mendapatkan nya... power dengan fakta-faktanya yer... serta menangi jersi pilihan anda...Terima kasih pada semua...

Majalah dari KN telah berada di pasaran(edisi sulong)


Majalah kaki bola keluaran edisi sulung telah berada di pasaran pada bulan Mac 2009. Dan ia adalah majalah yang di hasilkan untuk menyalurkan lebih banyak informasi yang lebih terperinci dari majalah-majalah yang sedia ada di pasaran kini. Kaki bola ingin membuktikan bahawa informasi yang di berikan menepati citarasa semua pembaca yang meminati sukan bola sepak. Kaki bola juga ingin menerapkan semangat cintakan sukan bola sepak. Selain dari kerana kesihatan, kaki bola ingin memberikan fakta-fakta yang tepat tentang pemain bola sepak di EPL. Selain itu, kaki bola ingin memberikan ruang kepada peminat bola sepak EPL untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka di dalam ruangan yang di sediakan... Segala yang kaki bola lakukan adalah untuk memuaskan hati peminat-peminat EPL di dalam Malaysia. Oleh yang demikian kaki bola ingin mengalu-alukan semua peminat ataupun pencinta sukan bola sepak tampil ke hadapan dan bersemuka untuk memberikan komen-komen selain menyumbangkan artikel-artikel yang boleh diketengahkan bagi di kongsi bersama-sama dengan peminat-peminat lain. Insya-Allah kaki bola akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Semoga semua peminat sukan bola sepak EPL akan terus menyokong majalah ini hingga ke ahkir hayat... Segala kesalahan harap di ampun kerana ia datang dari kesalahan kaki bola sendiri.